Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds mengutuk penahanan yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel terhadap Ahmed Attoun, seorang ahli Majlis Undangan Palestin yang mewakili bandar Al-Quds, dalam satu serbuan di rumahnya.
Liga ini menegaskan bahawa penahanan ini merupakan pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang - undang, perjanjian antarabangsa, prinsip-prinsip hak asasi manusia, dan imuniti parlimen yang sewajarnya diberikan kepada wakil-wakil rakyat. Selain itu, tindakan penahanan tersebut juga disaksikan sebagai sebuah tindakan yang tidak berasaskan sebarang justifikasi undang-undang. Akan tetapi, tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang dilaksanakan berdasarkan keputusan yang berunsurkan politik. Tahanan tersebut dilihat sebagai satu langkah untuk membatasi peranan wakil-wakil rakyat dalam menghadapi jenayah penjajahan, dan untuk menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam kehidupan politik.
Liga ini turut menggesa ahli-ahlinya, parlimen antarabangsa, dan organisasi berkaitan untuk memberikan tekanan ke atas pihak penjajahan untuk memaksa mereka mematuhi komitmen undang-undang dan menghentikan pelanggaran terhadap hak wakil-wakil rakyat Palestin dan pemimpin politik.
Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds
Jumaat, 5 Mei 2023
Copyright ©2024