Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menitikberatkan bahawa sambutan ulang tahun ke-75 Nakba Palestin mengingatkan kita tentang pembersihan etnik yang terbesar yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Keadaan tersebut telah menyebabkan rakyat Palestin diusir secara terang-terangan sehingga menjadi krisis pelarian yang terlama di dunia.
Liga ini turut menekankan bahawa Nakba Palestin masih berterusan hingga hari ini melalui terusan dasar penempatan kaum Yahudi, berlakunya pencurian tanah, dan amalan keganasan terhadap rakyat Palestin, yang masih menanti keadilan daripada semua pihak.
Liga ini menyeru komuniti antarabangsa pada ulang tahun kali ini untuk memikul tanggungjawab bersama dalam menghentikan penderitaan yang berterusan ini. Bukan itu sahaja malah untuk merealisasikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan rakyat Palestin, terutamanya hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan menubuhkan negara mereka yang merdeka di bawah Resolusi 181 dan Resolusi 194, yang menjamin hak pemulangan dan pampasan, dan untuk mendakwa pendudukan atas jenayahnya, termasuk jenayah apartheid yang telah disahkan oleh banyak organisasi hak asasi manusia antarabangsa.
Liga Parlimen untuk Al-Quds
Isnin, 15 Mei 2023
Copyright ©2024