LP4Q Menyeru Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Pendudukan/Penempatan di Kem Jenin

LP4Q Menyeru Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Pendudukan/Penempatan di Kem Jenin

Kenyataan Media

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds Menyeru untuk Campur Tangan Segera bagi Menghentikan Jenayah Penjajahan di Jenin

 

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds memperingatkan tentang akibat daripada tindakan agresif Israel dan jenayah kejam yang dilakukan oleh pasukan penjajahan Israel di kem Jenin di Tebing Barat, yang telah diduduki mereka.

Liga ini menyeru parlimen-parlimen dunia dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan segera untuk menghentikan perbuatan agresif yang berterusan ini terhadap rakyat Palestin dan melindungi mereka daripada serangan berulang yang juga merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan serta tanggungjawab "Israel" sebagai kuasa penjajah.

Liga ini menekankan kepentingan untuk menuntut liabliti penjajahan haram ini dalam forum antarabangsa ke atas jenayahnya, dan mengakhiri penjajahan itu dengan serta-merta. Selain daripada telah menjadi punca keganasan di rantau ini, tindakan ini juga akan sedikit sebanyak membantu membawa keadaan ini keluar daripada keheningan yang secara tidak langsung telah menggalakkan lagi serangan dan jenayah terhadap rakyat Palestin, tanah air mereka, serta tempat-tempat sucinya.

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds

Selasa 04 Julai,  2023

 

Khas untuk Anda

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

LP4Q Menyatakan Pihak Penjajahan Harus Bertanggungjawab Sepenuhnya Keatas Kematian Syahid Tahanan, Khader Adnan

Liga Ahli Parlimen untuk Al-Quds menyalahkan penjajahan Israel secara penuh keatas kematian syahid tahanan, Khader Adnan, yang puncanya daripada dasar pengabaian perubatan yang disengajakan dan kesinambungan penahanan pentadbirannya walaupun kesihatan beliau telahpun merosot. Oleh itu, liga ini menyeru untuk memberi tekanan ke atas pihak penjajahan agar menghentikan dasar penahanan pentadbiran... Teruskan Membaca